gravatar

Iklan Airasia Yang Melampau


AirAsia agak keterlaluan apabila mempromosikan iklan siri penerbangan tambang murahnya. Lihat sahaja iklan di atas, apa perlunya gambar yang sebegitu rupa semata-mata untuk promosi penerbangan ke Paris ?
Sekalipun Paris diminati untuk tujuan melancong sambil berbulan madu, tetapi gambar yang begitu
 menghairahkan sebegitu tidak wajar terpampang dalam iklan di website Air Asia. Rakyat yang ingin ke Paris dengan tambang murah tidak perlu diperlihatkan gambar seumpama itu.

Iklan seumpama ini tidak menggambarkan budaya murni rakyat Malaysia. Sebagai rakyat yang cintakan agama dan budaya murni, iklan seumpama ini wajar ditentang dan Air Asia wajar membuang gambar ini, sepatutnya ambillah gambar-gambar suasana alam yang menarik di Paris sebagai satu daya tarikan.

Pengikut